Sunday, December 5, 2021

Polis cekup seorang lelaki di Bintulu

Secara Rawak

BINTULU: Seorang lelaki  dicekup  selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penyalahgunaan dadah di kawasan Samalaju Industrial Park, Jalan Pesisir Bintulu – Miri, semalam.

Suspek yang merupakan waga tempatan ditahan oleh sepasukan anggota polis daripada Bahagian Narkotik IPD Bintulu kira-kira jam 6.50 petang Khamis.

Ketua Polis Daerah Bintulu Superintenden Zulkipli Suhaili berkata, semasa pemeriksaan dilakukan, polis telah menemui satu paket plastik lutsinar yang disimpan di dalam beg silang yang dipakai saspek.

Beliau berkata apabila diperiksa di dalamnya mengandungi 20 keratan tiub straw lutsinar kebiruan masing-masing berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis Methamphetamine atau syabu.

Anggaran berat kasar keseluruhan rampasan adalah 6 gram dengan nilai semasa harga pasaran tempatan diangarkan lebih kurang RM600,katanya.

Saspek, bagaimanapun, tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

Sabjek akan ditahan reman di bawah Sek.117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes disiasat di bawah Seksyen  39A(1) Akta Dadah Berbahaya(ADB) 1952.

Bagi kesalahan di bawah Sek. 39A(1) ADB 1952, jika disabitkan kesalahan, saspek boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak lebih lima tahun dan sebatan tidak kurang tiga  dan tidak lebih sembilan kali.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru