Sunday, December 5, 2021

Penting rancang perbelanjaan demi pendidikan masa depan anak-anak

Secara Rawak

BINTULU: Ibu bapa harus mengutamakan aspek pendidikan dan merancang perbelanjaan
bagi memastikan anak-anak mereka mendapat akses pendidikan terbaik di masa depan.

Menteri Utiliti Datuk Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata meskipun kesedaran pendidikan semakin meningkat, namun ia wajar diperhebat dari semasa ke semasa.

Jelas beliau, amalan menyimpan duit harus dipraktik ibu bapa untuk masa depan khususnya bagi perbelanjaan pendidikan anak-anak mereka.

Beliau turut mengingatkan golongan terbabit agar arif dalam menguruskan kewangan mereka berikutan harga kelapa sawit yang kian meningkat hingga mencecah ribuan ringgit.

Rundi yang juga Adun Kemena turut menasihati mereka supaya menyediakan payung sebelum hujan khususnya dalam konteks pendidikan anak-anak mereka.

“Apa yang kita ada hari ini, kita mesti mempunyai insuran(jaminan) dalam hidup.

“Insuran dalam hidup kita, bukan hanya dalam  harta benda, tetapi adalah ilmu, ilmu yang kita terus beri kepada anak-anak kita,’ujarnya ketika berucap pada Program Kongsi Fakta dan Terima Kasih Kepada Petugas Barisan Hadapan 2021 Daerah Sebauh anjuran Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Balai Raya Sebauh, di sini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru