Sunday, December 5, 2021

Pemberian dos penggalak secara sukarela, percuma

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memutuskan untuk melanjutkan pemberian dos penggalak kepada individu yang telah mendapat dos lengkap vaksin Sinovac sekurang-kurangnya tiga bulan yang lalu.

Katanya, mereka akan diberikan dos penggalak  vaksin Comirnaty secara heterologous dan, keutamaan kepada warga emas 60 tahun dan ke atas.

“Pemberian dos penggalak dilakukan secara sukarela dan percuma di bawah Program Imunisasi kebangsaan,” jelasnya.

“Objektif pemberian dos penggalak vaksin Covid-19 adalah untuk memastikan tempoh perlindungan yang optimum diperoleh oleh penerima vaksin Covid-19 di Malaysia,” jelasnya lagi.

Jelasnya, sehingga 19 Okt lalu, 47,728 individu telah menerima dos penggalak.

KKM amat menggalakkan  setiap individu yang layak mengambil dos penggalak supaya mendapatkan suntikan dos penggalak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru