Sunday, December 5, 2021

Malaysia rekodkan lebih 28,000 kematian

Secara Rawak

Angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.94 juta manakala jumlah kes jangkitan lebih daripada 243 juta.

Jumlah kematian harian di seluruh dunia ialah 7,194 kes.

Berdasarkan data Worldometers pada pagi Jumaat, Amerika Syarikat terus merekodkan jumlah kematian tertinggi, 753,747  kes termasuk 1,428  kes kematian terbaharu, tertinggi di dunia dari segi kes harian.

Ini diikuti Brazil dengan  604, 764 kes, termasuk 164  kes terbaharu, India  453,076 kes termasuk 232  kes kematian terbaharu, Mexico  285, 347  kes, termasuk 424  kes terbaharu sementara Rusia kini mencatat  227,389  kematian termasuk 1,036 kes terbaharu.

United Kingdom merekodkan  139, 146 kematian, Itali   131, 724 kes kematian dan Perancis pula merekodkan lebih 117, 411  kes kematian.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia di tangga teratas dengan 143,120  kes kematian termasuk  43  kes.

Angka kematian dan kes jangkitan di negara 270 juta itu terus memperlihatkan penurunan.

Indonesia dengan lebih 4.23  juta kes jangkitan di tangga ke-14 dunia.

Filipina di tangga kedua  dengan  41,237    kematian diikuti Malaysia dengan  28, 234 kes termasuk 96 kes terbaharu manakala Thailand  18,, 559 angka korban termasuk 73 kematian terbaharu.

Malaysia di tangga ke-20 dari segi jumlah kes jangkitan setelah merekodkan lebih 2.39 juta kes.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru