Sunday, December 5, 2021

JAKIM salur dana RM49,704,271.20 kepada Sarawak

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Persekutuan menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperuntukkan dana sebanyak RM49,704,271.20 kepada kerajaan negeri Sarawak pada Jumaat.

Daripada keseluruhan dana itu, sebanyak RM47,804,271.20 diperuntukkan kepada Kewangan Imam, Bilal, Marbut, Guru Takmir dan KAFA Negeri Sarawak.

Manakala sejumlah RM1.9 juta lagi diperuntukkan kepada institusi-institusi Pendidikan Islam Negeri Sarawak bagi tahun 2021.

Penyerahan peruntukan itu disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad kepada Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam dan DBKU), Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi.

Selain daripada itu, diadakan jamuan makan tengah hari bersempena kunjungan daripada Senator Idris Ahmad bersama agensi-agensi Islam Sarawak.

Turut hadir, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Abdul Aziz dan pihak agensi Islam Sarawak.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru