Thursday, December 9, 2021

Hospital Sri Aman sediakan tahap penjagaan sekunder komprehensif

Secara Rawak

SRI AMAN: Hospital Sri Aman akan dijadikan sebuah hospital dengan perkhidmatan pakar yang menyediakan tahap penjagaan sekunder yang komprehensif.

Ia merangkumi perubatan am, pembedahan am, ortopedik, pediatrik, bbstetrik dan ginekologi, anestesiologi, psikiatri, rehabilitasi (fisioterapi), patologi tahap II dan perkhidmatan transfusi darah, pengimejan dan juga perkhidmatan kecemasan.

Jabatan Kerja Raya (JKR) selaku agensi pelaksana bagi memantau pembinaan Hospital Sri Aman berkata bagi memastikan perkhidmatan pakar tahap berkenaan, hospital itu direka bentuk dengan menyediakan kemudahan 108 katil seperti wad wanita, wad lelaki, wad kanak-kanak, wad obsterik, tiga teater pembedahan dan unit rawatan rapi (ICU).

Selain itu Unit Kecemasan, Bahagian Pengimejan, Klinik Doktor Pakar, Unit Hemodialysis (14 mesin), Makmal Patologi dan lain-lain kemudahan berkaitan.

“18 unit kuarters kakitangan turut disediakan terdiri daripada Kuarters Kelas D (2 Unit), Kelas F (8 Unit) dan Kelas G (8 Unit).

“Skop kerja-kerja awam adalah termasuk 465 tempat letak kereta, 295 motosikal dan lain-lain bangunan sokongan,” katanya dalam kenyataan sempena lawatan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg ke Hospital Sri Aman semalam.

Menjelas lanjut, JKR berkata Fasa 2 projek berkenaan adaah melibatkan kerja bangunan dan kerja berkaitan menggunakan kaedah konvensional perunding.

Katanya projek itu dilaksanakan dalam dua fasa iaitu Fasa 1 terdiri daripada kerja tanah dan rawatan tanah dengan kos sebanyak RM8 juta manakala Fasa 2 terdiri daripada kerja bangunan hospital dan kuarters.

“Tarikh milik tapak projek ini adalah pada 26 Oktober 2015, tarikh siap semasa bagi projek ini adalah pada 29 Disember 2021.

“Kos kontrak semasa bagi projek ini adalah sebanyak RM181,476,154.45.

“Sehingga kini, kemajuan fizikal semasa adalah 96 peratus yang mana baki kerja merupakan pengujian dan pentauliahan sistem mekanikal dan elektrikal oleh juruteknik pakar selain sedikit baki kerja bangunan,” katanya.

JKR berkata sepanjang enam tahun pembinaan, projek ini telah membuka peluang pekerjaan kepada lebih 50 syarikat tempatan dan lebih 1,000 peluang pekerjaan daripada pelbagai kepakaran industri pembinaan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru