Sunday, December 5, 2021

Daerah Pusa terus dibangunkan dengan menaik taraf jalan pesisir 

Secara Rawak

PUSA: Sebanyak 30 bakul makanan serta wang tunai diserahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri(ADUN) Beting Maro,Razaili Gapor kepada penduduk yang memerlukan di dalam Program Sepakat@Komuniti di kawasan Daerah Pusa anjuran Jabatan Penerangan Bahagian Betong pada Khamis.

Bercakap ringkas di dalam program tersebut, Razaili berkata Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa berusaha membangunkan kawasan luar bandar terutamanya di Daerah Pusa dengan menaik taraf jalan pesisir bagi memudahkan pergerakan dari kawasan luar bandar ke kawasan bandar.

Tegasnya dengan siapnya Projek Jambatan Saribas dan Jambatan Batang Lupar nanti akan merancakkan lagi ekonomi penduduk tempatan.

Dalam pada itu, Jabatan Penerangan Bahagian Betong juga menjemput pihak Kesihatan Klinik Beladin untuk memberikan penerangan berkaitan dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) berikutan masih terdapat kes jangkitan Covid-19 di kawasan tersebut.

Turut hadir Pegawai Penerangan Bahagian Betong, Muhd Taib Ibrahim, Pegawai Kesihatan Beladin, Pusa, Dr Stephen Jeshua Manuel, Penghulu Kampung Beladin, Pusa, Mahbang Labek, Ketua Kampung Hulu Beladin, Hassan Aman, Ketua Kampung Tengah Beladin, Naali Aie dan pihak Jabatan Penerangan Bahagian Betong dan Daerah Pusa.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru