Sunday, December 5, 2021

ADUN Tanjong Datu tinjau projek di kampung

Secara Rawak

LUNDU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu telah meninjau projek di Kampung Stunggang Melayu Baru dan Stunggang Melayu Lama pada Khamis.

Beliau telah menyaksikan penyerahan projek bagi membaik pulih Jambatan Nelayan MZ Aqua di Kampung Stunggang Melayu Baru dengan peruntukan sebanyak RM 127,080 daripada Dana Fasilitasi Pertanian (AFF) Tanjong Datu.

Peruntukan ini diluluskan oleh Jabatan Pertanian Lundu di bawah agensi pelaksana iaitu Jabatan Kerja Raya (JKR) oleh Kontraktor Infinity Sanctions Sdn Bhd.

Manakala, di Kampung Stunggang Melayu Lama pula beliau meninjau Projek Transformasi Luar Bandar Sarawak (RTP) Tanjong Datu iaitu projek bagi membaik pulih benteng sungai dan menaik taraf parkir masjid yang sedang dalam pelaksanaan.

Projek dengan peruntukan sebanyak RM 250,000 itu juga merupakan projek di bawah JKR oleh Kontraktor Taharah Mafa Sdn Bhd.

Datuk Amar Jamilah berharap dengan siapnya projek-projek ini, infrastruktur dan fasiliti di kedua-dua buah kampung itu akan dapat dimanfaatkan oleh penduduk serta memberi keselesaan kepada mereka.

“Semoga dengan siapnya projek-projek ini, infrastruktur dan fasiliti di Kampung Stunggang Melayu Baru dan Kampung Stunggang Melayu Lama akan dapat dimanfaatkan oleh penduduk dan mendatangkan keselesaan kepada penduduk kampung dan sekitar.

Sementara itu, Ketua Kampung Stunggang Melayu Lama, Azmi Mahdar ketika ditemui semasa majlis itu, merakamkan ucapan terima kasih kepada ADUN Tanjong Datu atas usaha memberikan keselesaan kepada penduduk kampung.

“Mewakili penduduk kampung, saya mengucapkan terima kasih kepada ADUN Tanjong Datu kerana projek RTP baikpulih Benteng Sungai dan Naiktaraf pakrir Masjid Kampung Stunggang Melayu Lama untuk dimanfaatkan oleh penduduk kampung,”ujarnya.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru