Sunday, December 5, 2021

Acara perniagaan antarabangsa strategi pulih semula ekonomi

Secara Rawak

KUCHING: Menganjurkan acara perniagaan bertaraf antarabangsa di negeri ini merupakan satu daripada strategi membangunkan semula ekonomi negeri, kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau berkata, untuk membangunkan negeri ini sebagai destinasi acara bertaraf antarabangsa, penyelidikan, kepakaran dan hubungan perlu dipertingkatkan.

“Perkara itu boleh dilakukan secara pendigitalan sebagai strategi ke arah transformasi pendigitalan,” katanya ketika merasmikan Kuching sebagai anggota Hybrid City Alliance di sini.

Acara diadakan secara hibrid merupakan contoh utama bagaimana acara perniagaan Sarawak boleh diteruskan dengan transformasi pendigitalan, katanya.

Abang Johari berkata, dunia hari ini mengkehendaki masyarakat menggunakan kaedah yang boleh meningkatkan produktiviti dan kecekapan serta mewujudkan suasana persekitaran lebih kondusif,” katanya.

Beliau berkata, Kuching yang diiktiraf sebagai bandar hibrid adalah satu perkembangan yang baik bagi kerajaan negeri Sarawak.

Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) dan Business Events Sarawak (BESarawak) hari ini membentuk kolaborasi acara perniagaan terbesar di Malaysia dengan menganjurkan jerayawara ‘Meet in Malaysia @ Sarawak’ sempena majlis pelancaran Kuching sebagai anggota Hybrid City Alliance.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru