Thursday, December 9, 2021

96 kes kematian akibat Covid-19 di Malaysia

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan  Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 96 kes kematian Covid-19 semalam menjadikan keseluruhan angka korban kini 28,234 kes.

Berlaku peningkatan angka korban untuk tiga hari berturut-turut.

Menurut perincian dikeluarkan GitHub, daripada jumlah itu, sebanyak 21 kes diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID),

Sarawak  terus mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 21 kes.

Ini  diikuti Sabah (16), Perak (14), Kelantan (13), Selangor (12), Johor (lapan), Pulau Pinang (enam), Pahang dan Terengganu masing-masing dua serta Kedah dan Perlis masing-masing satu.

Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 89,337 kes aktif direkodkan termasuk 666 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 306 lagi memerlukan alat bantuan pernafasan setakat jam 12 malam tadi.

 

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru