KUCHING: Sebanyak 71.8 peratus atau 23,451,810 individu daripada populasi keseluruhan di negara ini telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.
Menurut portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), 77.5 peratus atau 25,317,072 daripada populasi keseluruhan telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.
Katanya, seramai 22,084,594 individu atau 94.3 peratus populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19 setakat ini.
Manakala, 97.3 peratus atau 22,792,916 populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos manakala seramai 1,367,216 atau 43.4 peratus daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.
Lembah Klang mencatat jumlah tertinggi diberikan dos kepada golongan dewasa iaitu 114.7 peratus diikuti Labuan (101.3 peratus), Negeri Sembilan (100.8 peratus), Pulau Pinang (97.2 peratus), Perlis (96.4 peratus), Johor (95.5 peratus), Melaka (91.5 peratus), Sarawak (90.8 peratus) dan Terengganu (90.5).
Ini diikuti Kedah (85.7 peratus), Perak (85.1 peratus) dan Pahang (84 peratus).
Paling rendah adalah Sabah (71.5 peratus), diikuti Kelantan (77.3 peratus).