Sunday, December 5, 2021

PRN Melaka: Umno tetap enggan bekerjasama dengan Bersatu

Secara Rawak

KUALA KATIL: Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi menegaskan bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan Bersatu termasuk bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Menurut beliau, keputusan tersebut adalah muktamad berdasarkan keputusan yang dicapai pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) tempoh hari.

“Berkenaan Bersatu kita telah membuat keputusan tidak akan pernah bekerjasama dengan mereka,” tegasnya.

“Noktah tidak lambat kerana sejak dari PAU lagi kita buat keputusan itu, kita telah memuktamadkan tidak pernah bekerjasama dengan Bersatu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas hadir pada perjumpaan kepimpinan UMNO Bahagian di Pejabat UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, malam tadi seperti dipetik Umno Online.

Ahmad Zahid yang Pengerusi Barisan Nasional (BN) berharap agar jentera parti untuk tidak mengambil mudah dengan segala persiapan yang dilakukan sebelum ini.

“Biarpun PRN ini merupakan suatu pilihan raya umum di peringkat negeri tetapi jentera harus bersiap sedia daripada semua parti yang menawarkan diri datang dari seluruh negara,” katanya.

“Jadi dalam hal ini Umno/BN akan memobilisasikan seluruh jentera di seluruh negara namun pendekatan yang harus diartikulasikan bukan dibuat secara konvensional, dan bukan dibuat secara sebarangan,” katanya lagi.

“Maknanya perincian harus dibuat agar pengundi dapat menerima hidangan baharu sekurang-kurangnya harapan baharu kepada Umno/BN,” ujar beliau.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru