Sunday, December 5, 2021

Kerajaan GPS hormati undi 18

Secara Rawak

KUCHING: Tidak ada hasrat Gabungan Parti Sarawak untuk mengelak pelaksanaan Undi18.

Demikian ditegaskan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini  di sebalik tuduhan pembangkang bahawa PRN-12 Sarawak diadakan sebelum tahun depan bagi mengelak undi 18.

Beliau menzahirkan rasa serba salah kerana kini kerajaan menggunakan mandat yang dipinjamkan atau dilanjutkan susulan perisytiharan Darurat.

Tempoh DUN Sarawak  sepatutnya berakhir pada 7 Jun lalu.

Menurut Abang Johari, sebenarnya Kerajaan GPS menghormati Undi18.

“Saya ini serba salah. Orang kata kenapa masih mahu jadi Ketua Menteri sedangkan mandat sudah habis.  Sebaliknya apabila PRN hendak diadakan, ada yang kata kerajaan takut kepada undi18,” jelasnya sambil menegaskan bahawa kerajaan menghormati Undi18.

“Kami sekarang sudah tamat tempoh dan menunggu sepakan penalti,” ujarnya lagi katanya menggunakan analogi masa tambahan dalam permainan bola sepak.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Meet in Malaysia @ Sarawak sempena pelancaran Kuching-Hybrid City Alliance di sini hari ini.

Jelas Ketua Menteri, tiada sebab untuk Kerajaan GPS takut akan Undi18 kerana pindaan Perlembagaan Negeri  untuk menurunkan umur pengundi daripada 21 kepada 18 dibuat oleh GPS.

Sementara itu, Setiausaha Agung GPS, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi ketika ditemui Sarawak Voice menyifatkan undi18 sebagai aset kepada GPS, dan bukannya liabiliti.

“Kami sentiasa menghormati pengundi muda dan sentiasa mengadakan libat urus dengan mereka,” jelasnya.

“Tidak ada sebab untuk kita takut kepada undi18,” tegasnya.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru