Sunday, January 23, 2022

21 kes kematian di Sarawak dari 4 Okt hingga 20 Okt

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak merekodkan sebanyak 725 kes harian positif Covid-19 sekali gus menjadikan jumlah kumulatif kes setakat hari ini adalah 234,465.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, sebanyak 720 kes atau 99.31 peratus adalah daripada kategori 1 dan 2 manakala 5 kes atau 0.69 peratus merupakan kategori 3, 4 dan 5.

“Daerah Kuching terus merekodkan kes tertinggi iaitu 184, diiringi oleh Miri (155); Sibu (74); Bintulu (51); Limbang (36); Lawas (30); Serian dan Saratok (19); Sarikei, Betong dan Dalat (18); Samarahan (14); Mukah (13); Daro dan Bau (8); serta Sri Aman (7).

“Manakala Pusa (6); Kapit dan Kabong (5); Marudi, Subis dan Matu (4); Simunjan, kanowit, Meradong dan Julai (3); Lundu, Asajaya, Pakan, Tebedu dan Telang Usan (2); Bukit Mabong, Selangau dan Tatau (1),” kata JPBN, hari ini.

Dalam pada itu, menurut JPBN lagi terdapat 21 kes kematian direkodkan di negeri ini dari 4 Oktober hingga 20 0ktober, semalam.

Sehubungan itu, tiada kluster baharu dilaporkan menjadikan hanya 45 jumlah kluster yang masih aktif di negeri ini..

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru