Sunday, December 5, 2021

Pemandu dikecam biarkan asap ekzos penuhi restoran

Secara Rawak

TEXAS: Tindakan pemandu kereta yang menekan pedal minyak keretanya sehingga menyebabkan asap ekzos keretanya memenuhi sebuah restoran makanan segera menimbulkan kecaman netizen media sosial.

Klip video tersebut dimuat naik di TikTok dan menunjukkan pengunjung restoran burger di dalamnya sedang menikmati makanan sebelum individu membuka pintu restoran terbabit dengan asap ekzos kenderaan mula memenuhi restoran.

Pelanggan Whataburger, yang sebahagian besarnya dipenuhi remaja segera bangun dari tempat duduk menjauh diri daripada asap tersebut.

Pengguna TikToker @jaysonmanzanares0 yang memuat naik video ini menulis kapsyen berbunyi “Hanya di Texas.”

Video ini mendapat pelbagai komen dan rata-ratanya mengutuk tindakan pemandu yang dikatakan tidak bertanggungjawab.

Menurut Independent, segelintir netizen mengatakan lelaki itu boleh didakwa kerana membahayakan nyawa orang awam.

Manakala ada yang menyuarakan kebimbangan impak kerosakan yang mungkin berlaku ke atas premis terbabit.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru