Sunday, December 5, 2021

Kuching, Miri dan Sibu catat kes tinggi

Secara Rawak

KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan 749 kes baharu Covid-19.

Namun, bagi kategori satu dan dua sebanyak 98.26 peratus atau 736 kes.
JPBNS dalam satu kenyataan berkata, 13 kes dari kategori tiga, empa dan lima.

Kuching terus mengekalkan jumlah tertinggi apabila merekodkan 186 kes. Ini diikuti Miri 155, Sibu 96, Lawas 57, Bintulu 39, Serian 37, Mukah 29, Samarahan 14, Betong 13, Meradong 13, Sarikei 12 dan Sri Aman 12.

Katanya lagi, 21 daerah merekodkan satu angka dari kes ke sembilan kes.

Katanya, tujuh daerah tidak merekodkan sebarang kes, iaitu Simunjan, Pakan, Julau, Kabong, Tatau, Song dan Tanjung Manis.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru