Sunday, July 3, 2022

Sarawak catat kes kematian tertinggi

Secara Rawak

KUCHING: Kementerian Kesihatan  Malaysia (KKM) melaporkan 63 kes kematian Covid-19 semalam menjadikan jumlah kumulatif kematian kini  27,921 kes.

Menurut perincian dikeluarkan GitHub, daripada jumlah itu, 11 diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Sarawak mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 13 kes.

Ini diikuti Johor (sembilan), Sabah (tujuh), Selangor (enam), Perak (lima), Kedah, Melaka dan Pulau Pinang masing-masing empat, dan Kuala Lumpur (tiga)

Manakala  Kelantan, Pahang dan Perlis masing-masing dua serta Negeri Sembilan dan Terengganu masing-masing satu.

Tiada kes kematian dilaporkan di Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 92,426 kes aktif dilaporkan, termasuk 688 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 348 yang memerlukan alat bantuan pernafasan sehingga tengah malam tadi.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru