Saturday, December 4, 2021

Kementerian pandang serius kes penipuan transaksi dalam talian

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna memandang serius terhadap kes penipuan transaksi yang dilaporkan oleh pengguna di negara ini.

Menurut Menterinya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi,  Kementeriannya menggalakkan pengguna yang terpedaya ketika melakukan transaksi secara dalam talian untuk terus melaporkan perkara ini melalui saluran yang disediakan.

“Segala aduan pengguna akan diteliti bagi mengenal pasti sama ada berlaku kesalahan mengikut bidang kuasa yang dinyatakan dan kementerian akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang melanggar undang-undang dan peraturan,’ katanya

.Beliau berkata demikian ketika diminta Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff, menyatakan program yang dijalankan untuk menggalakkan pembelian barangan buatan tempatan dan usaha pemasaran melalui kaedah dalam talian.

“Kita mempunyai lebih 2,000 anggota penguatkuasaan di seluruh negara dan 72 pusat kawalan yang boleh bergerak pantas untuk mengesan atau berjumpa pengadu,” katanya.

Sementara itu, beliau menjelaskan kementerian itu bekerjasama dengan tiga penyedia platform dalam talian yang mempunyai jumlah pengunjung tertinggi di Malaysia untuk menjayakan Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM).

Jelasnya, kerjasama itu dijalin dengan Shopee, Lazada dan PG Mall, sejajar dengan usaha pendigitalan sektor ekonomi serta tumpuan pengguna untuk berbelanja secara dalam talian.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru