Sunday, December 5, 2021

Empat pemain muda Kuching City FC pertajam jentera serangan

Secara Rawak

KUCHING: Empat pemain muda berpengalaman dilihat bakal memperkuatkan lagi jentera serangan Kuching City FC (KC FC) dalam mengharungi kempen Piala Malaysia 2021, berdasarkan prestasi mereka semakin berkembang dari semasa ke semasa.

Keempat-empat pemain terbabit ialah Amirul Iqmal Bolhi (penyerang), Amir Amri Salleh (penyerang), Wan Badzreen Wan Yusuf (penyerang), dan Diego Baggio Test (perancang).

Ketua Jurulatih KC FC, Irfan Bakti Abu Salim memberitahu, kredibiliti kesemua empat pemain itu setakat ini menunjukkan prestasi yang cukup positif di samping semakin menyerlah khususnya di bahagian serangan.

“Kesemua mereka ini antara tonggak utama skuad pelapis kami musim lepas.

“Walaupun masih muda tetapi nampak prestasi mereka semakin meningkat dari semasa ke semasa,” katanya ketika diminta Arena Suara Sarawak bagi mengulas mengenai perkara tersebut.

Menurut beliau, dengan adanya peningkatan kredebiliti pemain-pemain muda mampu menjadi kredit berganda terhadap pasukannya.

Dedahnya, beliau turut berbangga di atas kesungguhan pemain-pemain muda itu dalam mempamerkan kredibiliti mereka sehingga berjaya membentuk kombinasi hebat.

“Kita berharap kombinasi hebat terbentuk ketika ini bersama empat pemain terbabit dapat terus dikekalkan,” ulasnya lanjut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru