Monday, August 15, 2022

Belanjawan 2022 fokus kepada luar bandar

Secara Rawak

TUMPAT: Kementerian Kewangan akan memberi fokus kepada pemulihan ekonomi terutamanya masyarakat di luar bandar menerusi Belanjawan 2022 yang akan dibentangkan pada hujung bulan ini.

Timbalan Menteri Kewangan I Mohd Shahar Abdullah berkata belanjawan itu juga akan memberi tumpuan kepada sektor-sektor yang banyak terkesan selain telah mengenal pasti beberapa inisiatif yang akan diumumkan

“Menerusi belanjawan itu nanti kita juga akan menumpukan kepada semua spektrum, bukan sahaja kepada masyarakat, perniagaan tetapi ia juga akan melibatkan ekonomi negara.

“Untuk 2022 nanti kita akan lakukan pemulihan secara menyeluruh bukan sahaja di bandar besar, mahupun bandar kecil bahkan termasuk masyarakat golongan berpendapatan rendah (B40), M40 dan T20,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah pembinaan Intergrated Solar Dryer (Insoler) di Kampung Geting di sini semalam seperti dipetik Bernama.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru