Friday, December 3, 2021

Pertandingan lagu patriotik pupuk semangat patriotisme

Secara Rawak

KUCHING: Pertandingan lagu patriotik anjuran Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Pantai Damai dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat Pantai Damai telah diadakan secara maya.

Simbolik majlis penyampaian hadiah Pertandingan Lagu Patriotik telah disempurnakan oleh Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam & DBKU) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi pada Sabtu.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai itu, pertandingan yang dilakukan secara maya ini merupakan salah satu cara untuk meningkatkan semangat patriotisme di dalam kalangan generasi muda.

Katanya, selain dapat meningkatkan semangat patriotisme, anak-anak muda juga dapat mempamerkan bakat nyanyian mereka.

Untuk rekod, pertandingan tersebut telah disertai seramai 12 peserta dari pelbagai kampung yang terdapat di kawasan Pantai Damai

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru