Monday, December 5, 2022

Perkongsian palsu vaksin:  Polis buka dua kertas siasatan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka dua kertas siasatan terhadap individu yang dipercayai antara golongan antivaksin susulan perkongsian berita palsu berhubung pengambilan suntikan vaksin Covid-19 di laman sosial.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan, kertas siasatan pertama melibatkan satu klip video yang memaparkan seorang wanita mengaitkan kematian dua orang murid sekolah di Ipoh, Perak dengan pengambilan suntikan vaksin Covid-19.

Menurutnya kes itu disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana membuat kenyataan dengan niat menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada awam dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan kerana sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan.

“Kertas siasatan akan dirujuk kepada pengarah pendakwaan negeri dalam tempoh terdekat untuk arahan lanjut,” katanya dalam kenyataan seperti dipetik Bernama.

Abd Jalil berkata kertas siasatan kedua pula membabitkan pemilik akaun Twitter Khalid@khalids yang memuat naik ciapan berhubung kematian 41 orang guru disebabkan suntikan vaksin Covid-19.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru