Tuesday, November 29, 2022

Mahu ke Sarawak, jangan risau, ini saja syaratnya…

Secara Rawak

KUCHING:  Anda  dari negeri-negeri lain mahu ke Sarawak?

Ya jangan risau. Syaratnya sudah dipemudahkan.

Anda tidak lagi perlu membuat permohonan melalui EnterSarawak, selain tidak wajib melakukan saringan Covid-19 tiga hari sebelum masuk ke Sarawak, tetapi dengan syarat.

Anda masih perlu mendapat vaksin  lengkap Covid-19 dan mengisi borang pengisytiharan e-kesihatan (eHDF).

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), bagi mereka  yang tidak lengkap divaksin, wajib mengemukakan permohonan melalui EnterSarawak dan mengisi eHDF.

Saringan COVID-19 juga tidak wajib bagi individu yang lengkap vaksin manakala bagi yang tidak lengkap vaksin wajib saringan COVID-19 tiga hari sebelum kemasukan ke Sarawak.

Bagi kanak-kanak di bawah umur 12 tahun perlu membuat saringan Covid-19 sekiranya memasuki Sarawak bersama ibu bapa atau penjaga yang tiada/tidak lengkap vaksin.

“Untuk kemasukan individu dari luar negara pula mereka wajib membuat permohonan dalam EnterSarawak dan perlu mengisi eHDF,” katanya.

“Saringan Covid-19 juga perlu dibuat tiga hari sebelum memasuki Malaysia dan perlu menjalani kuarantin tujuh hari dari tarikh kemasukan ke Malaysia bagi yang lengkap vaksin dan 10 hari bagi yang tidak lengkap vaksin,” jelasnya.

“Pengembara luar negara wajib melaporkan sejarah perjalanan kepada petugas di lapangan terbang,” katanya.

Kata jawatankuasa itu, keputusan berkenaan dibuat oleh JPBNS selaras dengan hasrat Kerajaan Sarawak bagi mempermudahkan urusan kemasukan ke negeri ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru