Saturday, October 8, 2022

Covid-19: Kematian menuju 5 juta di dunia

Secara Rawak

Angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.90 juta manakala jumlah kes jangkitan lebih daripada 241 juta.

Jumlah kematian harian di seluruh dunia ialah 5,295 berbanding   6,913 berbanding sehari sebelumnya.

Berdasarkan data Worldometers pada pagi Ahad, Amerika Syarikat terus merekodkan jumlah kematian tertinggi, 744,385  kes termasuk 464  kes kematian terbaharu.

Ini diikuti Brazil dengan  603,199  kes, termasuk 472  kes terbaharu, India  452,156 kes termasuk 146 kes kematian terbaharu, Mexico  284, 008 kes, termasuk 434  kes terbaharu sementara Rusia kini mencatat  222, 315  kematian termasuk 1,002 kes terbaharu, tertinggi di dunia dari segi kes harian.

United Kingdom merekodkan  138, 527   kematian, Itali   131,517 kes kematian dan Perancis pula merekodkan lebih 117,245 kes kematian.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia di tangga teratas dengan 142, 933  kes kematian termasuk 44  kes terbaharu.

Indonesia dengan lebih 4.23  juta kes jangkitan di tangga ke-14 dunia.

Filipina di tangga kedua  dengan  40,580    kematian diikuti Malaysia dengan  27, 858 kes termasuk 88i kes terbaharu manakala Thailand  18,205  angka korban termasuk 82  kematian terbaharu.

Malaysia di tangga ke-20 dari segi jumlah kes jangkitan setelah merekodkan lebih 2.38 juta kes.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru