Saturday, December 4, 2021

Lelaki curi enam karton Milo ditahan polis

Secara Rawak

MIRI: Polis menahan seorang lelaki disyaki mencuri enam karton minuman jenama Milo di sebuah pasar raya di Jalan Cattleya, di sini pada 29 September lalu.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Hakemal Hawari berkata, suspek berusia 30 tahun ditahan di sebuah premis di Jalan Miri Bypass kira-kira jam 10.45 pagi semalam oleh sepasukan Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri.

Semasa tangkapan, polis turut merampas kotak mengandungi beberapa bungkusan Milo.

Hasil siasatan mendapati barangan yang dicuri dijual semula untuk mendapatkan wang.

Anggaran kerugian adalah RM1,144.80

Suspek telah di bawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk siasatan lanjut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru