Monday, May 16, 2022

97.8 kes di Sarawak kategori ringan

Secara Rawak

KUCHING: Daripada 1,009 kes Covid-19 direkodkan di Sarawak hari ini, 97.82 peratus adalah daripada kategori satu dan dua — tiada bergejala dan bergejala ringan.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), 22 kes adalah daripada kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, tiga daerah mencatatkan tiga angka — Kuching 267 kes, Miri 192 dan Sibu 105 kes.

Ini diikuti Daro 61,  Bintulu (49), Serian (40), Lawas (33), Kanowit (30), Betong (29), Mukah (27), Subis (22), Meradong 918), Sri Aman (14), Samarahan (14), Saratok (14), Limbang (13) dan Sarikei (10).

Sebanyak 19 daerah merekodkan satu angka dari satu kes hingga lapan kes.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru