Thursday, May 19, 2022

Sumbangan hasil daripada  Sarawak perlu diambil kira

Secara Rawak

KUCHING: Kerajaan Persekutuan perlu menambah jumlah peruntukan kepada   dalam Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) selari dengan fokus ketujuhnya untuk mengurangkan jurang pembangunan negeri itu serta sumbangan pendapatan hasil sumber semula jadi dan cukai dari negeri ini..

Menurut Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, sumbangan negeri kepada wang Persekutuan perlu diambil kira.

Ini termasuk pendapatan  melalui sumber semula jadi dari negeri ini, selain hasil yang diterima daripada cukai.

Justeru, kata Abang Johari, hasil perkongsian yang dibahagikan perlu mengambil faktor status Sarawak sebagai rakan setara.

Untuk rekod, Sabah menerima peruntukan RM4.66 bilion, sementara Sarawak RM4.47 bilion  di bawah RMK-12.

Kata Ketua Menteri, jumlah yang disalurkan kepada Sarawak itu hanyalah 6.8 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan pembangunan negara di bawah  RMK-12.

”Ini jelas tidak menggambarkan keperluan Sarawak memandangkan ukuran dan tahap pembangunan, serta statusnya sebagai rakan kongsi dalam pembentukan Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa sidang media selepas menerima kunjungan hormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Parlimen dan Undang-Undang Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah Dan Sarawak) Datuk Hanifah Taib mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) di Wisma Bapa Malaysia, di sini, hari ini.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru