Monday, October 25, 2021

Rendah vaksin, Rusia rekod kematian, positif Covid-19 harian tertinggi

Mesti baca

MOSCOW: Rusia catat rekod kematian harian tertinggi Covid-19, dua hari berturut-turut.

Pada Selasa, Rusia mencatat 973 kematian akibat Covid-19.

Moscow turut mengesan kes positif Covid-19 harian tertinggi sebanyak 28,190 kes sehari.

Pada Rabu, Rusia mencatat 984 rekod kematian akibat Covid-19 dan jangkitan 28,717 kes.

Justeru, Presiden Vladimir Putin menyeru agar program vaksinasi nasional Covid-19 dipercepat di negara itu.

Kremlin menyedari peningkatan kes Covid-19 disebabkan masih banyak warga belum divaksin dengan angka vaksinasi Rusia dianggap rendah.

Setakat ini, hanya 41 juta atau 31 peratus populasi Rusia menerima vaksin Covid-19.

Secara Rawak

Artikel Terbaru