Monday, October 25, 2021

Projek sistem perparitan di Semunin Cina Lundu siap lebih awal

Mesti baca

LUNDU: Pembinaan sistem perparitan di Semunin Cina Lundu dengan kos RM300,000 siap sepenuhnya lebih awal dari yang dijadualkan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Datu, Datuk Amar Jamilah Anu merakamkan ucapan terima kasih kepada Kontraktor Mois Bersatu Enterprise dan Jabatan Pengairan dan Saliran (DID) di atas kerjasama semua pihak dengan tindakan cepat melaksanakan projek tersebut.

“Projek Transformasi Luar Bandar Sarawak (RTP) 2020 Tanjong Datu yang bermula pada 25 Mei 2021 sepatutnya siap pada 21 Oktober 2021 namun telah siap lebih awal pada 30 September 2021 melalui Agensi Pelaksana Jabatan Pengairan Dan Saliran Bahagian Kuching,” katanya semasa melawat tapak projek itu pada Rabu.

Ujar beliau, ia merupakan kerjasama Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) Daerah Lundu serta ahli – ahli Majlis Daerah Lundu (MDL) untuk meningkatkan infrastruktur penduduk di kawasan itu sekaligus menyelesaikan masalah banjir kilat yang bakal berlaku menjelang musim hujan ini.

Hadir sama Kaunselor Goh Chin Seng, Kaunselor Fatimah Abdullah, Penghulu Chin Kian Ming dan KK Kampung Semunin Cina, Ang Meng Hua

 

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru