Monday, October 25, 2021

Projek bina jambatan gantung di Kampung Darul Iman kini giat dilaksanakan

Mesti baca

SERIAN: Projek Pembinaan Jambatan Gantung di Kampung Darul Iman yang sedang giat dilaksanakan untuk menggantikan jambatan lama kini telah mencapai 40 peratus siap.

Projek bernilai RM269,625.29 tersebut merupakan di bawah peruntukan khas Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Ketua Kampung Darul Iman, Bahrin Tuah memaklumkan projek tersebut dijangka siap pada 3 Februari 2022.

Beliau merakamkan penghargaan kepada pihak kerajaan atas usaha membina jambatan di kawasan berkenaan untuk kemudahan penduduk setempat. 

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru