Monday, October 25, 2021

Lelaki hidung terpanjang dunia

Mesti baca

ANKARA: Seorang lelaki Turki, Mehmet Özyürek secara rasmi menjadi pemegang rekod rasmi untuk hidung terpanjang di dunia iaitu 8.8 sentimeter (3.46 inci) menurut Buku Rekod Guinness.

Pada 2010, Özyürek,71, pernah muncul dalam rancangan television Itali, Lo Show dei Record untuk diukur hidungnya dan sehingga kini biarpun ramai yang hendak bersaing dengannya, namun belum ada sesiapa berjaya mengalahkan rekodnya.

Walaupun begitu, rekod hidung terpanjang dalam sejarah ialah milik warga Britain bernama Thomas Wedders.

Menurut Independent, Weddders yang hidup pada abad ke-18, mempunyai hidung berukuran 19 sentimeter (7.5 inci) panjang.

Secara Rawak

Artikel Terbaru