Monday, October 25, 2021

Lebih dua juta remaja telah terima vaksin

Mesti baca

KUCHING: Sebanyak 72.2 peratus atau 2,271,858 remaja berusia 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19 sehingga 12 Okt lalu.

Menurut Timbalan Menteri Kesihatan 1 Datuk Dr Noor Azmi Ghazali, pencapaian tertinggi bagi dos pertama ialah Perlis (95.7%), Melaka (91.5%), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur  dan Putrajaya (88.1%), Kedah (87.1%) dan Pulau Pinang (84.3%).

Ini diikuti Johor (89.9%), Perak (80.9%), dan Negeri Sembilan (80,1%).

“Sebagai langkah mempertingkatkan bilangan remaja disuntik, negeri yang telah mencapai dos pertama melebihi 80 peratus jumlah remaja bersekolah boleh menawarkan perkhidmatan vaksinasi secara walk-ini mulai 18 Okt 2021,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, negeri yang menawarkan pemberian vaksinasi secara walk-in ialah Perlis, Melaka, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Kedah, Pulau Pinang, Johor, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Wilayah Persekutuan Labuan, Kelantan dan Sabah.

“Dengan pembukaan pP{V secara walk-in, ibu bapa atau penjaga boleh membawa anak untuk mendapat vaksinasi dos pertama ke PPV yang dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri,” jelasnya lagi.

“Sekiranya jumlah vaksin yang diperuntukkan untuk walk-in telah habis pada hari tersebut, nama remaja tersebut akan diambil dan diberi keutamaan untuk keesokan hari di PPV yang sama,” katanya.

Katanya, remaja yang telah mempunyai  janji temu melalui MySejahtera atau janji temu berjadual tidak dibenarkan untuk walk-in.

Secara Rawak

Artikel Terbaru