Monday, October 25, 2021

Kampung Jagoi Duyoh dinilai sebagai Sarawak Delta Geopark

Mesti baca

BAU: Kampung Jagoi Duyoh telah dipilih sebagai salah satu tempat persediaan penilaian bagi Sarawak Delta Geopark untuk Delta Geopark Kebangsaan pada November ini.

Pegawai Geosains dari Jabatan Mineral Dan Geosains Malaysia, Dr. Dana Badang memaklumkan, kampung tersebut mempunyai potensi dari segi sumber alam semula jadi.

“Kampung Jagoi Duyoh terpilih kerana ianya mempunyai kelebihan sumber alam semula jadi seperti gunung ganang, landskap, hutan dan budaya.

“Penduduk kampung juga telah mengusahakan aktiviti pelancongan di kawasan ini sekaligus ideal untuk mempromosikan Sarawak Delta Geopark,” katanya.

Sementara itu, Residen Bahagian Kuching, Dato Sherrina Hussaini memberitahu, kampung berkenaan sesuai untuk diperkenalkan sebagai salah satu daripada Sarawak Delta Geopark.

“Kampung ini adalah tempat yang sangat bagus untuk diperkenalkan dan dinilai dengan ciri-ciri alam semula jadi yang sudah mempunyai kemajuan dari sudut pelancongan.

“Secara ringkasnya, ia adalah satu usaha memulihara alam semulajadi dengan memanfaatkan komuniti setempat,” ujarnya. 

Secara Rawak

Artikel Terbaru