Monday, October 25, 2021

Janjikan perkhidmatan berkualiti

Mesti baca

SIBU: Unit Rawatan Rapi (ICU) Modular di Hospital Sibu yang menelan kos sebanyak RM3.3 juta dijangka akan mula beroperasi Jumaat ini. Menurut Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sarawak (Perubatan) Dr Azlee Ayub ketika sidang media selepas melakukan lawatan kerjanya ke Hospital Sibu pada Selasa, ICU Modular itu akan ditempatkan di wad pesakit Covid-19 dan yang pertama di Sarawak.

Jelas beliau lagi, ia menempatkan 10 katil dimana kerajaan memperuntukkan RM3.186 juta untuk kos peralatan perubatan, tidak termasuk kos pembinaannya (RM3.3 juta).

“Pembinaannya telah pun bermula sejak 11 Ogos lalu dan ia siap dalam tempoh 45 hari. “Ini adalah yang pertama di Sarawak,” katanya sambil menambah Hospital Sibu kini mempunyai sekitar 57 katil di ICU merangkumi 38 katil ICU termasuk 17 yang diwartakan, 10 katil ICU Modular dan 13 katil lagi dalam proses pengubahsuaian.

Dr Azlee berkata, dengan adanya ICU Modular ini ia mampu menampung dan memberi perkhidmatan berkualiti kepada penduduk di wilayah tengah Sarawak.

Dalam perkembangan lain, beliau memaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut bercadang untuk membuka beberapa lagi ICU Modular seumpama itu di beberapa hospital di Sarawak.

“Antara hospital yang dicadangkan ialah Hospital Sarikei dan Bintulu,” jelasnya. Sementara itu, Pengarah Hospital Sibu Dr Nanthakumar Thirunavukkarasu dalam sidang media yang sama menjelaskan bahawa pihaknya kini sedang berusaha memastikan keselesaan Hospital Medan yang ditempatkan di tempat parkir perkarangan Hospital Sibu.

Ini kata beliau menyediakan kelengkapan dari segi tandas, penghawa dingin dan keperluan asas lain supaya pesakit selesa walaupun berada dalam khemah.

Tambahnya, projek-projek berkenaan masih dijalankan dan diharapkan dapat beroperasi dalam masa tiga hingga empat hari lagi. Hadir sama ialah Pakar Perunding Anestesiologi Kardiotorasik dan Perfusi Dr Hasmizy Muhammad.

Secara Rawak

Artikel Terbaru