Monday, October 25, 2021

Empat cabaran utama hadapi Revolusi Industri 4.0

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Terdapat empat cabaran utama dalam menghadapi Revolusi Industri 4.0, menurut  Timbalan Pendidikan II,  Datuk Mohamad Alamin.

Pertama, katanya, mengubah bukan sahaja apa-apa yang kita lakukan, sebaliknya menuntut anjakan pemikiran tentang siapakah kita pada era Revolusi Industri 4.0?

“Kedua, mempengaruhi persekitaran ekonomi, politik, sosial, dan budaya,” katanya.
“Ketiga, memaksa kita untuk mentakrifkan sempadan moral dan etika kesan perubahan yang drastik, dan yang keempat ialah “nyahkemanusiaan” kerana perkembangan teknologi yang pesat telah mengurangkan peranan manusia,” jelasnya.

“Gagasan Masyarakat Sejahtera 5.0 pula menuntut masyarakat menguasai kehidupan di alam maya dan di alam fizikal. Gagasan ini merupakan manifestasi era Revolusi Industri 4.0 yang menumpukan pengkomputeran awan melalui ruang virtual dan ruang nyata yang dipacu oleh data raya dan Internet benda (IoT),” katanya.

“Inovasi penciptaan, iaitu kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) menjadi tanda aras yang merubah gaya kehidupan masyarakat dalam mengadaptasi teknologi,” ujar beliau seperti dipetik Jendela DBP.

Katanya, dalam mendepani era Revolusi Industri 4.0, sebanyak tujuh pekerjaan yang tidak akan terjejas, iaitu bidang industri kreatif, teknologi informasi, profesional, pengurusan, kesihatan, pendidikan, dan pembinaan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru