Monday, October 25, 2021

Amerika terus tertinggi kes kematian, jangkitan

Mesti baca

Angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.88 juta manakala jumlah kes jangkitan lebih daripada 239.41 juta.

Jumlah kematian harian di seluruh dunia ialah  7,239  berbanding 6,330 kes sehari sebelumnya.

Berdasarkan data Worldometers pada pagi Khamis, Amerika Syarikat terus merekodkan jumlah kematian tertinggi, 739, 650  kes termasuk 1,701 kes kematian terbaharu, juga kes harian tertinggi.

Ini diikuti Brazil dengan  601, 643 kes, termasuk 201  kes terbaharu, India  451, 469    kes termasuk 249 kes kematian terbaharu, Mexico  282, 773 kes, termasuk 546 kes terbaharu sementara Rusia kini mencatat  219, 329  kematian termasuk 984 kes terbaharu.

United Kingdom merekodkan  138,080   kematian, Itali   131,421  kes kematian dan Perancis pula merekodkan lebih 117,173 kes kematian.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia di tangga teratas dengan 142, 811  kes kematian termasuk 48 kes terbaharu.

Indonesia dengan lebih 4.23  juta kes jangkitan di tangga ke-14 dunia.

Filipina di tangga kedua  dengan  40,069   kematian diikuti Malaysia dengan  27, 593 kes, manakala Thailand  17, 917 angka korban termasuk 82 kematian terbaharu.

Malaysia di tangga ke-20 dari segi jumlah kes jangkitan setelah merekodkan lebih 2.36 juta kes.

Secara Rawak

Artikel Terbaru