Monday, October 25, 2021

68 kes kematian di Malaysia

Mesti baca

KUCHING:  Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 68 kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.

Namun, jumlah kematian yang dilaporkan itu turut merangkumi sejumlah kes tertunggak kerana ada di antara kes meninggal dunia itu berlaku beberapa minggu lalu.

Tunggakan kes itu berlaku kerana proses bagi mengesahkan sama ada pesakit COVID-19 meninggal dunia akibat pandemik itu, mengambil masa.

Jumlah keseluruhan kematian disebabkan wabak itu kepada 27,593 kes.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sejumlah 12 daripada 68 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).

Satu kes kematian harian yang dilaporkan semalam.

Berdasarkan purata jumlah kes kematian harian sebenar selama tujuh hari, trend kematian pesakit Covid-19 memperlihatkan penurunan.

Ini selaras  dengan peningkatan jumlah populasi lengkap divaksin serta yang menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Secara Rawak

Artikel Terbaru