Saturday, October 23, 2021

Tiga keluarga tercicir bantuan di Spaoh dapat perhatian

Mesti baca

SPAOH: ADUN Bukit Saban, Datuk Amar Douglas Uggah Embas meneruskan inisiatif beliau membantu rakyat memerlukan dengan menyumbang bantuan makanan tambahan kepada penduduk dikenakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Betong.

Bantuan disalurkan kepada tiga keluarga tercicir dari Rumah Panjang Penebak Ulu, Layar, Betong yang dikenakan PKPD sehingga 15 Oktober ini.

Penghantaran sumbangan bantuan makanan tersebut telah diselaraskan oleh Pusat Khidmat ADUN Bukit Saban dan diserahkan melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Betong bagi pihak wakil rakyat tersebut pada Selasa.

Selain itu, bantuan sama turut disalurkan kepada sebuah keluarga masyarakat Cina yang turut menjalani arahan kuarantin di sekitar Pekan Spaoh.

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru