Monday, October 25, 2021

Sarawak beri dos penggalak vaksin  mulai hari ini

Mesti baca

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) memulakan pemberian dos ketiga dan dos penggalak vaksin COVID-19 di seluruh negeri hari ini.

Menurut Timbalan Pengarahnya Dr Rosemawai Ariffin,  pemberian vaksin  Pfizer  itu adalah melalui proses janji temu kepada golongan yang layak.

Jelasnya, suntikan dos ketiga akan diberikan kepada 11,900 individu disasarkan daripada golongan ‘immunocompromised’ atau mempunyai sistem imun (ketahanan badan) yang lemah akibat penyakit atau rawatan perubatan.

Menurutnya, pemberian dos ketiga ini boleh diberikan selang tempoh sekurang-kurangnya 28 hari selepas penerimaan dos kedua.

“Dua dos sahaja tidak cukup untuk memberi mereka perlindungan atau merangsang sistem imun untuk melawan jangkitan Covid-19,” katanya dalam satu kenyataan. 

“Dos ketiga vaksin Covid-19 adalah didefinisikan sebagai pemberian dos vaksin tambahan apabila tindak balas imun seseorang di peringkat awal berkemungkinan tidak mencukupi berikutan daripada pemberian awal vaksin secara berturut-turut,” katanya dalam kenyataaan hari ini.

Kata Dr Rosemawati, dos ketiga berfungsi untuk memberi perlindungan tambahan kepada golongan rentan yang mana sistem imun bermasalah menjadikan dua dos sahaja tidak mencukupi untuk merangsang sistem imun melawan jangkitan Covid-19.

Manakala bagi dos penggalak pula, suntikan boleh diberikan hanya selepas enam bulan menerima dos kedua dan akan mengutamakan pemberian kepada warga emas berusia lebih 60 tahun seramai 80,300 serta petugas barisan hadapan perubatan seramai 30,340 orang.

Secara Rawak

Artikel Terbaru