Monday, October 25, 2021

RM150,000 dana RTP di Spaoh

Mesti baca

BETONG: Sejumlah RM150,000 peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) ADUN Bukit Saban, Datuk Amar Douglas Uggah Embas disalurkan bagi projek pembinaan jambatan I-Beam ke kawasan kebun Udau, Anyut, Spaoh.

Ia akan dilaksanakan selama 24 minggu bermula 27 September 2021 dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Betong dilantik sebagai agensi pelaksana.

Pada Selasa telah diadakan majlis penyerahan tapak projek berkenaan dari pihak JKR Bahagian Betong kepada kontraktor D’TG Enterprise yang turut disaksikan TR Judin Enggu.

Dalam pada itu, Tuai Rumah Judin merakamkan penghargaan kepada pihak kerajaan kerana telah menunaikan perancangan projek RTP sambil menambah infrastruktur tersebut akan melengkapkan jaringan akses jalan ke kawasan kebun penduduk di situ. 

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru