Monday, October 25, 2021

PKPD: Penduduk di Rumah Eyai, Kampung Staie dapat bantuan

Mesti baca

LIMBANG: Prihatin kepada penduduk di Rumah Eyai, Kampung Staie yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SABERKAS) DUN Batu Danau telah menyerahkan bantuan makanan di bawah SABERKAS Prihatin pada Selasa. 

Sebanyak 42 bungkus makanan telah diagihkan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) Rumah Eyai yang terdiri dari daging ayam beku, sosej, telur dan air mineral. 

Selain SABERKAS, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Limbang juga menghulurkan bantuan makanan seperti beras, minyak masak, gula dan biskut bagi tempoh kuarantin. 

Dalam pada itu, SABERKAS DUN Batu Danau juga menyerahkan bantuan air minuman dan biskut kepada petugas di pondok kawalan PKPD Kampung Staie sebagai menghargai khidmat bakti mereka. 

Sementara itu, Tuai Rumah Eyai menerusi aplikasi Whatapps merakamkan ucapan terima kasih kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang dan agensi kerajaan yang terlibat dalam proses mengaggihkan bantuan ke rumah panjang tersebut.

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru