Monday, October 25, 2021

Kuching, Miri, Sibu terus catat kes tinggi

Mesti baca

KUCHING: Sarawak merekodkan 1,165 kes baharu Covid-19 dengan 1,150 kes atau 98.71 peratus ialah kategori satu dan dua.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) 15 kes atau 1.29 peratus ialah kategori tiga, empat dan lima.

Katanya, bagi peratusan daripada jumlah kes baharu itu sebanyak 29.44 peratus atau 343 kes adalah kategori 1 (tiada gejala).

Kata JPBNS lagi,  807 kes atau 69.27 peratus ialah kategori dua, manakala dua kes atau 0.17 peratus kategori tiga (jangkitan paru-paru), sembilan kes atau 0.77 peratus ialah kategori empat (jangkitan paru-paru dan memerlukan oksigen) dan empat kes atau 0.34 peratus kategori lima (jangkitan paru-paru dan memerlukan ventilator).

“Dengan kes baharu itu ia menjadikan jumlah keseluruhan kes di Sarawak setakat ini meningkat kepada 227,675 kes,’ katanya dalam satu kenyataan.

“Daerah Kuching terus mencatatkan  kes harian tertinggi iaitu 257 kes diikuti Miri (211) dan Sibu (128),” katanya.

Manakala  daerah lain yang merekodkan dua angka termasuk Bintulu (77), Bau (63), Subis (56), Mukah (37).

Sebanyak l18 daerah merekodkan  kes satu angka.

Secara Rawak

Artikel Terbaru