Friday, October 22, 2021

Hampir 91 penduduk dewasa Malaysia sudah terima dos lengkap

Mesti baca

KUCHING: Kadar vaksinasi Covid-19 penduduk dewasa  di negara ini kini hampir mencecah 91 peratus.

Berdasarkan data portal COVIDNOW, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setakat ini 21,220,121 individu atau 90.6 peratus daripada populasi dewasa telah menerima dua dos suntikan vaksin Covid-19.

Sebanyak 94.9 peratus atau 22.21 juta populasi dewasa telah mendapat sekurang-kurangnya satu dos.

Katanya, Lembah Klang mencatat jumlah tertinggi diberikan dos kepada golongan dewasa iaitu 112.3%, diikuti Labuan (99.2%), Negeri Sembilan (99.2%), Perlis (94.3%) dan Pulau Pinang (91.2%)

Paling rendah adalah di Sabah (66%) dan Kelantan (74.4%).

Negeri yang mencapai kadar vaksinasi 80% ke atas adalah Kedah, Perak, Pahang, Terengganu, Johor, Melaka dan Sarawak.

Bagi populasi keseluruhan, seramai 21,437,380 individu atau 65.6 peratus telah melengkapkan suntikan vaksin Covid-19.

Sebanyak 75.2 peratus atau 24.56 juta daripada populasi keseluruhan telah menerima 

Sebanyak 11.8 peratus atau  370,995 daripada populasi remaja telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin.

Sebanyak 129,941 dos diberikan semalam membabitkan kedua-dua populasi tersebut.

Ini menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) adalah 46.04 juta dos.

Secara Rawak

Artikel Terbaru