Friday, October 22, 2021

Belanjawan 2022: RM6.6 billion untuk pembangunan di Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Belanjawan Negeri 2022 mempunyai lapan strategi  utama, kata Ketua Menteri.

Jelasnya, strategi tersebut ialah  Melindungi Kehidupan dan Pendapatan Rakyat, Memacu Pemulihan Ekonomi, Memudahkan dan Mempertahankan Pemulihan Perniagaan dan Transformasi Pertanian dan Ekonomi Luar Bandar.

Juga, katanya, Membangunkan Sumber Manusia, Mempercepatkan Penggunaan Digital dan Data, Menyeimbangi Pertumbuhan Ekonomi dengan Kemampanan Alam Sekitar dan Memperkukuhkan Kapisiti dan Perkhidmatan Kerajaan.

Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg semalam mengumumkan Belanjawan Negeri Sarawak 2022 berjumlah RM 10.136 bilion dengan memfokus kepada meringankan beban rakyat impak pandemik Covid-19.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Belanjawan Negeri 2022 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Berdasarkan dokumen Belanjawan Negeri 2022, sejumlah RM4.046 bilion daripada RM10.646 bilion belanjawan itu adalah untuk  perbelanjaan mengurus.

Manakala RM 6.6 bilion  lagi akan disalurkan kepada Akaun Dana Pembangunan bagi membiayai pelaksanaan pelbagai projek serta program pembangunan.

Manakala sejumlah RM7.509 bilion akan disediakan untuk Anggaran Perbelanjaan Pembangunan di bawah Belanjawan 2022 yang akan diagihkan kepada sektor-sektor utama seperti sektor ekonomi (RM5.371 bilion), sektor sosial (RM1.905 bilion) dan sektor pentadbiran am (RM233 juta).

Secara Rawak

Artikel Terbaru