Friday, October 22, 2021

6,330 mati dalam 24 jam

Mesti baca

Angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 4.88 juta manakala jumlah kes jangkitan lebih daripada 239.41 juta.

Jumlah kematian harian di seluruh dunia iaah 6,330 kes.

Berdasarkan data Worldometers pada pagi Rabu, Amerika Syarikat terus merekodkan jumlah kematian tertinggi, 737,260  kes termasuk 1,255 kes kematian terbaharu, juga kes harian tertinggi.

Ini diikuti Brazil dengan  601, 398 kes, termasuk 132 kes terbaharu, India  451, 220   kes termasuk 229 kes kematian terbaharu, Mexico  282, 227 kes, termasuk 141 kes terbaharu sementara Rusia kini mencatat  218, 345  kematian termasuk 973 kes terbaharu.

United Kingdom merekodkan  137,944   kematian, Itali   131, 384  kes kematian dan Perancis pula merekodkan lebih 117,150  kes kematian.

Bagi Asia Tenggara, Indonesia di tangga teratas dengan 142, 763  kes kematian termasuk 47 kes terbaharu.

Indonesia dengan lebih 4.22  juta kes jangkitan di tangga ke-14 dunia.

Filipina di tangga kedua  dengan  39, 896   kematian diikuti Malaysia dengan  27, 525 kes, manakala Thailand  17, 835  angka korban termasuk 84 kematian terbaharu.

Malaysia di tangga ke-20 dari segi jumlah kes jangkitan setelah merekodkan lebih 2.35 juta kes.

Secara Rawak

Artikel Terbaru