Monday, October 25, 2021

4 mangsa lelaki, sembilan wanita di Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Sarawak merekodkan 13 lagi kematian baharu  dicatatkan dalam sembilan hari,  dari tarikh 4 Okt hingga 12 Okt lalu, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

“Kes kematian melibatkan mereka berusia antara 42 tahun hingga 78 tahun dan kesemuanya mempunyai latar belakang penyakit komorbid,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

“Kematian berkenaan direkodkan di Hospital Umum Sarawak, Hospital Miri, Sarikei, Sibu dan Sri Aman,” katanya.

Lima kes direkodkan di Miri, tiga kes di Sarikei, Dua kes di Sibu dan satu kes masing-masingnya di Sri Aman, Sarikei dan Betong.

Sebanyak empat orang mangsa ialah lelaki dan sembilan orang wanita.

Secara Rawak

Artikel Terbaru