Friday, October 22, 2021

103 kematian: Sarawak catat kes kematian tertinggi

Mesti baca

KUCHING: ​​Sarawak mencatatkan angka kematian tertinggi  kerana Covid-19 iaitu 26 kes.

Ini 103 kes kematian Covid-19 semalam termasuk 26 diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital, menurut perincian dikeluarkan GitHub.

Dengan itu, jumlah kumulatif kematian setakat ini 27,525 kes.

Ini diikuti Johor (15), Sabah dan Selangor (masing-masing 13), Kelantan (11), Perak (sembilan), Pulau Pinang (tujuh), Kedah (enam) serta Negeri Sembilan, Perlis dan Kuala Lumpur (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Melaka, Pahang, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 108,997 kes aktif dilaporkan, termasuk 722 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 386 yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sebanyak 10,959 kes sembuh turut dilaporkan.

Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di negara ini kini mencecah angka 2,353,579.

Secara Rawak

Artikel Terbaru