Thursday, December 9, 2021

Tidak pernah berhenti mendesak kerajaan

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata ramai yang berterusan mesej beliau untuk terus memperjuangkan isu pengeluaran i-Citra Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10 ribu sekali gus.

Menurutnya, perkara demikian sememangnya menjadi keutamaan bagi pihak Pemuda Umno dan berharap keputusan mengenainya dapat dimaklumkan segera oleh kerajaan tanpa menunggu pembentangan belanjawan akan datang kerana rakyat sekarang berada dalam keadaan terdesak.

“Ya, saya dan Pemuda Umno tidak pernah berhenti untuk terus mendesak dan follow-up juga follow-through mengenai #TuntutanRAKYAT kepada kerajaan terutamanya Menteri Kewangan agar mempercepat keputusan tersebut (tidak perlu menunggu sehingga pembentangan Bajet 2022), kerana rata-rata rakyat dalam keadaan terdesak,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Tambah Dr Asyraf lagi, walaupun ada juga suara-suara yang mahukan Pemuda UMNO memperjuangkan isu yang berkaitan jangka panjang, tetapi baginya apa yang penting sekarang rakyat perlukan jaminan keselamatan jangka pendek seperti i-Citra tersebut.

“Ada yang sinis mengatakan bahawa Pemuda Umno kena fikirkan desakan lain kepada kerajaan seperti mewujudkan peluang-peluang pekerjaan pascapandemik,’ katanya.

“Inipun saya setuju cuma sebagaimana hujahan saya sebelum ini, selain pendekatan jangka panjang tersebut; rakyat perlukan ‘safety net’ atau jaminan jaringan keselamatan jangka pendek seperti kebenaran mengeluarkan sebahagian kecil daripada simpanan hari tua mereka bagi membolehkan mereka bernafas dalam keadaan pandemik dan memulakan kehidupan baharu selepas ini,” ujarnya.

Pemuda Umno sebelum ini konsisten kemukakan sepuluh #TuntutanRAKYAT, antaranya seperti segerakan Bantuan Khas Covid, permudahkan proses permohonan dan rayuan tanpa kerenah birokrasi, penentuan had pendapatan berdasarkan data terkini, tambah baik i-Citra, penawaran moratorium tanpa kenakan faedah terakru, perluaskan juga moratorium kepada agensi kerajaan dan bantuan khas kecemasan untuk peniaga-peniaga kecil.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru