Monday, October 25, 2021

Wanita bina patung peringati mendiang suami

Mesti baca

PRAKASAM: Padmavathi dan suaminya Ankireddy melayari bahtera bahagia sejak mula berkahwin, namun kebahagiaan itu diragut apabila Ankireddy, meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan beberapa tahun lalu.

Padmavathi begitu sedih dan kecewa dengan kehilangan suaminya serta mengalami kesukaran meneruskan hidupnya.

Namun baru-baru ini dia memberitahu mendiang suaminya muncul dalam mimpinya dan memintanya membina kuil kecil untuknya.

Dia berjaya membina kuil dengan bantuan rakan suaminya Tirupathi Reddy dan anaknya Shivashankar Reddy.

Kuil dan patung suaminya diperbuat daripada batu marmar. Menurut DNA, sejak kuil itu di bina, Padmavathi mendapat semangat baru melakukan acara pemujaan setiap hari dan memberikan doa khas pada hujung minggu serta memberi sumbangan makanan atas nama suaminya kepada orang ramai.

Secara Rawak

Artikel Terbaru