Monday, October 25, 2021

Tetak motosikal guna parang ketika mabuk, denda RM1,500

Mesti baca

KUCHING: Seorang lelaki berusia 53 tahun dijatuhi hukuman denda RM1,500 atau penjara satu bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam, atas pertuduhan merosakkan sebuah motosikal milik anak saudaranya menggunakan sebilah parang sehingga menyebabkan kerugian sebanyak RM200.

Tertuduh berusia 53 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan perbuatan tersebut di depan sebuah kedai runcit Kampung Bra’ang Jalan Puncak Borneo, Padawan dalam keadaan mabuk.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang satu tahun dan tidak melebihi lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Menurut fakta kes, sekitar jam 1.30 petang pada 27 Mac lalu, tertuduh tiba-tiba datang dan membawa sebilah parang lalu menetak bahagian depan motosikal milik pengadu, Rodza Jerim yang ketika itu sedang membeli minyak motosikal di sebuah kedai runcit,

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tiada diwakili peguam.

Secara Rawak

Artikel Terbaru